Quantcast
Channel: My Cute Little Diary
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1527

Pokok Layu

$
0
0

Bila lama tak menyiram pokok dalam rumah, sedar-sedar je daun pokok tu dah layu huhu.. Bukan sengaja tak nak siram, sebenarnya ai takut terlebih siram. Kadang-kadang tu rasa was was nak siram banyak mana dan berapa kali. Kesian kat pokok-pokok dalam rumah ni, banyak dah kembali ke Syurga kerana tuannya sampai ke sudah tak pandai-pandai bela :( Gambar di bawah ini adalah rupa pokok Peace Lily ai yang dah layu.



Masa nampak layu tu, laju-laju ai ambil dan bawa ke dapur. Rendam dalam bekas yang mengandungi paras air suku dari ketinggian pasu pokok bunga Peace Lily. Tak lama ai rendam, lebih kurang 5-10 minit. Angkat pasu dan buang baki air yang bertakung pada bahagian bawah pasu. Dalam 30 minit, Alhamdulillah daun yang layu kembali segar. Seronok tengok masih panjang umurnya hehehe..



Pokok Pothos ai pun layu juga. Terus ai buat sama juga macam pokok Peace Lily. Rendam dalam air juga. Pokok ini ai rendam sekejap saja dalam 5 minit sebab saiz pokok ni kecil sedikit dari pokok Peace Lily ai.



Alhamdulillah dah bernyawa pokok Pothos ai. Segar dah daun-daunnya hehe..



Mudah-mudahan tahan lama lah pokok-pokok ini. Tengok kawan-kawan yang bela pokok cantik elok je, sejuk tangan mereka. Diriku masih gigih lagi cuba jaya dalam penjagaan pokok-pokok indoor ini. enZaf selalu bagi galakkan, walaupun tahu ai tak pandai jaga tapi dia tetap beli dan beli lagi pokok ;) Okay tutup dah cerita perihal pokok ini, dua minggu lepas adik ai Yusreena hantar makanan. Dia beli Popia Pisang Coklat Cheese. First time cuba makan dessert ini, boleh tahan sedap juga. Anak-anak yang perabiskan, ai makan satu dua je lepas tu tak boleh dah sebab muak.



Thank you adikku, semoga murah rezeki dia selalu bagi makanan. Minggu lepas pula sepupu ai kahwin. Akad nikah di pejabat agama dan buat jamuan di rumah bersama ahli keluarga saja. Kami saudara mara hanya lihat gambar sahaja pernikahan dan persandingan mereka. Tahniah buat Amira dan suami! Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.



Walaupun tak dapat buat majlis persandingan buat masa ini, Mak Lang tetap bagi ai door gift pernikahan Amira. Terima kasih Mak Lang!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1527

Trending Articles


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.