Quantcast
Channel: My Cute Little Diary
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1527

Makan di Luar

$
0
0

Akhirnya kami dapat makan di luar setelah MKN membenarkan dine-in bagi yang sudah lengkap mengambil 2 dos vaksin. Tapi sebelum itu pastikan sudah melepasi 14 hari dari tarikh suntikan vaksin dos ke-dua :) Laju ai ajak enZaf makan kat luar. Itu pun kami pergi pada hari biasa waktu orang bekerja. Untuk mengelakkan orang ramai dan sesak.



Dah alang-alang makan di Ikano, ai pun ajak enZaf masuk Ikea pula. Keadaan dalam Ikea tu sangat tenang dan aman damai sebabnya waktu kami masuk dalam ni berbaki tinggal satu jam sahaja sebelum ditutup. Saja-saja ajak enZaf ke Ikea ni untuk cuci mata hehehe...



Konon nak cuci mata tapi tangan tu gatal nak ambil barang. Kalau masuk Ikea ni dari tak ada nak membeli, pasti akan membeli juga haha.. tak beli banyak mana pun, hanya tisu dan lilin. Eh ada ambil kusyen untuk diletakkan pada kerusi makan.



Memandangkan nak beli set meja makan lambat lagi, jadi ai ambil kusyen kerusi tu. Sedap la sikit duduk atas kerusi, terutamanya anak-anak ni untuk PdPR memang akan guna meja makan bila ada online class. Ai lebih suka dorang belajar di luar dari dalam bilik. At least boleh monitor depan mata. Masa nak sampai di kaunter agak ramai sedikit orang beratur, mujur dalam Ikea ini ada kaunter yang self-servicekan. Barang pun sedikit saja, jadi lebih baik scan dan bayar sendiri. Keluar dari Ikea kami singgah Family Mart, beli sedikit Onigiri, Sandwich, Desserts dan Ice Cream hihi.. kalau masuk dalam Family Mart ni sama juga macam-macam benda nak ambil. Oden je tak beli sebab dah habis.



Ingatkan terus balik, sempat singgah beli cookies di Famous Amos pula. Sementara tunggu enZaf beli, jenuh ai nak ambil gambar Qaireen. Bergerak sana sini huhuhu.. Begitulah kisah dapat keluar makan dan jalan-jalan sekejap dalam Ikea dan Ikano dengan ekspresnya :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1527

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.