Quantcast
Channel: My Cute Little Diary
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1527

Projek Seni: Poster dan Teknik Montaj Tahun 3

$
0
0

Kali ini nak bercerita projek seni Ariq pula. Sebelum ini banyak tentang Aliah sahaja hehe.. Cikgu seni Aliah tu rajin betul setiap minggu ada sahaja tugasan diberikan. Ariq pula lambat sedikit. Dalam minggu ke-3 baru lah cikgunya bagi tugasan. Cikgu seni minta murid sediakan bahan-bahan untuk menghasilkan poster berpandukan Buku Teks iaitu tema Rakyat Malaysia. Tugasan dibuat ketika Google Meet berlangsung.



Cikgu seninya dah maklumkan sediakan bahan sebelum GM berlangsung, ai boleh pula terlupa nak sediakan. Kelam kabut cari dan print mana-mana gambar dari Google huhuhu... dah print terus bagi kat Ariq untuk dia buat. Semuanya dia buat sendiri gunting, gam dan susun. Oh ya, abjad "Rakyat Malaysia" tu akak Zahra dan Aliah yang cari, lepas itu ai tolong Ariq susun abjad-abjad itu semua :)



Inilah hasil poster dan teknik montaj dari Ariq. Dia terus siapkan masa kelas seni dan submit dalam GC. Senang selesai terus, tak perlu tangguh-tangguh lagi kerja. Cikgu-cikgu subjek lain pun banyak beri homework, kalau delay tugasan yang diberikan dalam hari itu, menimbunlah nak kena siapkan. Ariq pula bukannya jenis boleh buat kerja banyak-banyak sekali harung. Dia cepat penat atau buat-buat penat :p Cuba bagi main gamekan, mengadap berjam-jam pun tak apa.



Sebenarnya projek poster ini merupakan tugasan ke-2 Ariq. Tugasan pertama dia kena buat teknik garisan silang pangkah. Murid-murid kena lukis keretapi sama seperti dalam Buku Teks itu. Rupa-rupanya boleh sahaja lukisan itu dibuat dengan pelbagai jenis warna, ai tak tahu sebab ai tak baca pun tugasan dari GC. Jadinya ai biarkan sahaja Ariq buat sendiri. Kalau tahu ai dah suruh dia buat colorful sikit keretapinya. Tapi tak apalah yang penting siapkan. Cikgu pun dah bagi gred A :) Gambar di bawah merupakan hasil seninya.



Tak ingat gambar bila tapi ai tak masak, enZaf tiba-tiba terasa nak makan kat Dolly. Tak banyak pun order, asalkan lepas teringin sudah :)



Masa ini tak boleh lagi makan kat luar. Sekarang dah boleh makan kat luar laju je ai. Bukan makan mana pun, lepak mamak sahaja sebab nak minum teh tarik hahaha..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1527

Trending Articles


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.